
Pengenalan
Validasi dan penilaian semula kemahiran kaunseling ubat-ubatan bagi pegawai farmasi
-
Digunakan untuk:
-
Menilai kredibiliti seseorang Pegawai Farmasi dalam kemahiran kaunseling ubat-ubatan bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat, terkini dan seragam.
-
Validasi dan penilaian semula kemahiran kaunseling ubat-ubatan oleh Pegawai Farmasi.
-
-
Penilaian ini perlu dijalankan setiap tahun oleh ketua unit atau yang setara dengannya kepada semua Pegawai Farmasi yang terlibat dengan kaunseling ubat-ubatan.

Ahli Jawatankuasa Kaunseling JKWPKL&P terdiri daripada Pegawai Farmasi yang mewakili setiap fasiliti bawah jagaan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan & Putrajaya. Pegawai Farmasi bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti kaunseling ubat-ubatan untuk pesakit yang merupakan salah satu aspek penting dalam pharmaceutical care. Matlamat terapeutik bagi seseorang pesakit hanya boleh dicapai dengan penggunaan ubat yang rasional dan kepatuhan pesakit kepada ubat-ubat yang dipreskrib. Kepatuhan kepada ubat-ubatan ini dapat diperolehi dengan meningkatkan pemahaman pesakit tentang rawatan farmakoterapi dan memberikan motivasi agar pesakit mempunyai persepsi yang positif tentang penyakit dan rawatan yang diterima. Matlamat ini hanya boleh dicapai dengan aktiviti kaunseling ubat-ubatan yang efektif.

